Sunday, January 16, 2011

PERMINTAAN & PENGGUNAAN KENDERAAN MALAYSI

Asskm, Tahukah anda bahawa pertumbuhan ekonomi negara kita kian berkembang maju dan permintaan ter hadap barangan pengguna serta kuasa membeli masyarakat Malaysia makin memberangsangkan, malah serta memberi petunjuk kepada kita bahawa di suatu hari nanti tidak hairanlah bahawa negara kita menjadi sebuah negara maju.

Namun, satu perkara yang tidak dapat lari dari kelemahan seseorang ialah cara kita menentukan produk barangan yang ingin kita beli. Banyak juga yang terdapat pengguna atau pembeli tidak dapat memastikan sesuatu barangan yang hendak dibeli, malah kadangkala berlaku kepada pengguna yang membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk hanya dengan mengikut selera sendiri tanpa mengira kebaikan dan keburukan yang akan di alaminya. Seperkara yang harus kita ingat bahawa sebagai contoh dalam soal pembelian kereta, kebanyakan pengguna membeli kenderaan lebih kepada gaya hidup dan identiti diri untuk melengkapkan diri yang kekurangan, dan akhirnya membuat keputusan tanpa memikirkan taraf kewangan dirinya. Adalakalanya pengguna tidak dapat menentukan apakah produk yang akan dimilikinya itu memberi manfaat kepadanya, seperti yang kita ketahui bahawa kenderaan nasional contohnya adalah satu produk keperluan dan ianya merupakan produk mampu milik bagi semua pengguna di negara kita ini. Banyak juga pengguna pandai dalam soal memilih tetapi tidak pandai dalam soal menentukan model mana yang hendak dipilihnya, setiap model kenderaan yang dipilihnya, haruslah berdasarkan kepada struktur kewangannya terlebih dahulu, kedua memastikan bahawa pengguna tersebut mempunyai wang yang mampu untuk membayar muka bagi kender
aan yang akan dimilikinya, akhirnya terdapat pelanggan yang membeli kenderaan impian tanpa mengeluarkan sedikit modal dan tidak kesah dalam soal hendak membayar bulanan, akhirnya pelanggan itu menghadapi soal financial constrains yang teramat sangat dan akhirnya terpaksa akur bahawa kenderaan tersebut terpaksa dibiarkan ditarik oleh pihak kewangan dan seterusnya nama menghadapi blacklist. Itulah cara masyarakat yang terlalu kecil yang tidak dapat menentukan dalam soal memiliki sesuatu barangan sehingga perkara yang difikirkan baik pada mulanya akhirnya membawa bencana. Wallahuallam

No comments:

Post a Comment